Sunday, 21 February 2016

2.4(BUAH DELIMA)

Perkataan delima disebut sebanyak 3 kali dalam al-Qur’an



Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan

dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka kami keluarkan dari 
tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau.

 Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai; dan kebun-kebun anggur; dan kami (keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikan buahnya di waktu pohonnya berbuah (oerhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman
 (Al-An’am (6:99) 

Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang tanamannya menjadi, pohon kurma, tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah daripada buahnya di hari memetic hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya) dan janganlah kamu berlebih-lebihan.sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.
Al-An’am (6:141)
Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima


Kajian sains Tentang Buah Delima

Dari Sudut Saintifik Dan Perubatan University of California di Los Angeles, telah mengkaji 10 minuman yang mempunyai level tinggi untuk melawan penyakit kerana mengandungi antioksida iaitu yang pertama jus buah delima kemudian ia diikuti oleh arak merah, jus anggur Concord, jus blueberry, jus black cherry, jus açai, jus cranberry, jus oren, tea dan jus epal.27 Berikutan itu, buah delima amat signifikan untuk kesihatan badan manusia kerana mengandungi antioksida yang tinggi. Antioksida adalah bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif. Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini bekerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas. Secara spesifik, unsur bioaktif utama dalam jus buah delima adalah polifenol yang mempunyai ciri-ciri antioksida. Penyelidik mendapati ia mampu menurunkan tekanan darah bagi pesakit hipertensi.28

Punicalagin pula adalah antioksida polifenol utama dalam jus buah delima. Aktiviti antioksida telah diuji in vitro29 dengan jus buah delima, punicalagin, asam ellagic, dan tanin delima (ekstrak polyfenol dari sari buah delima). Keputusan eksperimen mendapati keseluruhan jus buah delima mempunyai aktiviti antioksida lebih daripada unsurnya. 30 Selanjutnya, jus delima atau ekstrak yang mengandungi antioksida seperti polifenol, tanin dan anthocyanin bermanfaat untuk atherosclerosis31. Pengambilan jus buah delima seharian adalah baik pada pesakit yang mempunyai penyakit jantung koronari. Dalam satu kajian, penyelidik telah menyediakan jus delima untuk 45 pesakit yang menderita penyakit jantung koronari dan myocardial ischemia32 setiap hari selama 3 bulan. Berdasarkan data yang diperolehi, para penyelidik menyimpulkan bahawa jus buah delima dapat mengurangkan kadar ransangan stres.3

Sementara itu, kajian telah dilakukan untuk melihat apakah delima dapat mengubati atau mencegah penyakit diabetes dan jantung. Didapati bahawa jus delima secara signifikan mengurangkan jumlah kolesterol, low-density lipoprotein (LDL), nisbah LDL / lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), dan nisbah jumlah kolesterol HDL. Penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan jus buah delima dapat mengubah faktor risiko penyakit jantung pada pesakit yang hyperlipidemia (kekurangan lipid dalam darah).34 Seterusnya, delima juga menunjukkan sifat anti bakteria dan anti mikrob. Hasil kajian mendapati bahawa ekstrak dari tanaman ini dapat melawan Methicillin-sensitive Staphylococcus aureus (MSSA), Methicillin-resistant (MRSA) Staphylococcus aureus, Salmoneela typhi, dan Escherichia coli O157: H7. 35 Jadi ubat alternatif yang menggabungkan delima berpotensi mencegah jangkitan bakteria. Malah apa yang menarik ia berpotensi sebagai anti mikrob untuk pencegahan HIV. Kajian in vitro menunjukkan bahawa anti-HIV-1 microbicide berpotensi dihasilkan dari delima.36 Dalam bidang pergigian, ekstrak Hydroalcoholic (HAE) daripada delima sangat berkesan melawan mikroorganisma plak gigi dalam

2.5(BAWANG)


BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH






Dan ingatlah ketika kamu berkata : wahai musa! Kami tidak dapat bersabar ( sudah jemu) dengan sejenis makanan saja. Sebab itu, mohonkanlah untuk kami daripada apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayuran, mentimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya ( kacang dal ) dan bawang merahnya. Musa berkata : “ mahukah kamu mengambil sesuatu yang baik sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta.” Lalu ditimpakanlah kepada mereka kepapaan dan kehinaan serta mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar.demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.
Al-Baqarah (2:61)

DARI SEGI SAINS

Antara kajian2 yang telah dilakukan terhadap bawang putih diterbitkan dalam jurnal dan laporan di bawah, antaranya :-

FUNGSI MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL

JAMA – mendapati bawang putih menurunkan paras LDL dalam darah.

American Journal of Medicine – mendapati bawang putih mencairkan darah.

Planta Medica – bawang putih menurunkan tekanan darah.

FUNGSI MELINDUNGI DARI KANSER .

Loma Linda University School of Medicine – bawang putih menyekat metabolisma sel kanser, mencegah sel kanser dari menular danmenguatkan imuniti tubuh untuk melawan kanser.

Dr John Miller, Pakar Haematologi & Onkologi – bawang putih melindungi dari nitrosamine, sejenis bahan kimia dipercayai menyebab kanser, serta mengeluarkan toksin penyebab kanser dari badan.

LAIN-LAIN

Medical Hypotheses – bawang putih melawan bakteria dan fungus

Jurnal of Nutrition – menurunkan kadar gula dalam darah
Bawang putih disebut dalam al- Quran dan banyak hadis Rasulullah. Antara Rasulullah memberi petua agar bawang putih seeloknya dimasak dulu sebelum makan, dan larangan makan bawang putih mentah sebelum ke masjid kerana bau yang dihasilkannya tidak disukai malaikat.
Ini bertepatan dengan kajian moden bahawa bawang putih mempunyai tinggi manfaat samada dimakan mentah atau dimasak. Dan ikutlah sunnah, jangan makan bawang putih mentah, atau better hindarkan terus kalau nak ke masjid.


Saturday, 20 February 2016

3.0 KESIMPULAN

kesimpulannya, setelah kami mengkaji tajuk inidengan lbih mendalam lagi mengenai fakta saintifik dan juga setelah dibuat perbandingan dalam fakta al-Quran , kami percaya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang di muka bumi ini. Tiada manussia yang dapat menandingi kuasa Allah sebijak-bijak manapun manusia itu . Didalam blog ini kami mengkaji  tentang Buah Kurma, Buah Delima, Buah Anggur, Pokok Limau Kasturi dan Bawang.
kami mempelajari banyak ilmu positif setelah kami berjayaa menyiapkan projek ini. Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung.

4.0 RUJUKAN

1.http://sainsteknologidalamislam2015.blogspot.my/2015/08/pendahuluan-di-dunia-ini-tidak-lengkap.html

2.http://mysuperkids.net/khasiat-bawang-putih-dari-sudut-kajian-sains/

3.http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2011/04/anggur-khasiat-dan-ubatannya.html


5.0 LAMPIRAN