Perkataan
delima disebut sebanyak 3 kali dalam al-Qur’an

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan
dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka kami keluarkan dari
tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau.
Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai; dan kebun-kebun anggur; dan kami (keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikan buahnya di waktu pohonnya berbuah (oerhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman
(Al-An’am (6:99)
Dan dialah yang menjadikan kebun-kebun yang tanamannya menjadi, pohon kurma, tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah daripada buahnya di hari memetic hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya) dan janganlah kamu berlebih-lebihan.sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.
Al-An’am (6:141)
Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima
Kajian sains Tentang Buah Delima
Dari Sudut Saintifik Dan
Perubatan University of California di Los Angeles, telah mengkaji 10 minuman
yang mempunyai level tinggi untuk melawan penyakit kerana mengandungi
antioksida iaitu yang pertama jus buah delima kemudian ia diikuti oleh arak
merah, jus anggur Concord, jus blueberry, jus black cherry, jus açai, jus
cranberry, jus oren, tea dan jus epal.27 Berikutan itu, buah delima amat
signifikan untuk kesihatan badan manusia kerana mengandungi antioksida yang
tinggi. Antioksida adalah bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk
meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal
bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal
bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan
menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat
menimbulkan tekanan oksidatif. Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di
antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini
bekerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.
Secara spesifik, unsur bioaktif utama dalam jus buah delima adalah polifenol
yang mempunyai ciri-ciri antioksida. Penyelidik mendapati ia mampu menurunkan
tekanan darah bagi pesakit hipertensi.28
Punicalagin
pula adalah antioksida polifenol utama dalam jus buah delima. Aktiviti
antioksida telah diuji in vitro29 dengan jus buah delima, punicalagin, asam
ellagic, dan tanin delima (ekstrak polyfenol dari sari buah delima). Keputusan
eksperimen mendapati keseluruhan jus buah delima mempunyai aktiviti antioksida
lebih daripada unsurnya. 30 Selanjutnya, jus delima atau ekstrak yang
mengandungi antioksida seperti polifenol, tanin dan anthocyanin bermanfaat
untuk atherosclerosis31. Pengambilan jus buah delima seharian adalah baik pada
pesakit yang mempunyai penyakit jantung koronari. Dalam satu kajian, penyelidik
telah menyediakan jus delima untuk 45 pesakit yang menderita penyakit jantung
koronari dan myocardial ischemia32 setiap hari selama 3 bulan. Berdasarkan data
yang diperolehi, para penyelidik menyimpulkan bahawa jus buah delima dapat
mengurangkan kadar ransangan stres.3
Sementara
itu, kajian telah dilakukan untuk melihat apakah delima dapat mengubati atau
mencegah penyakit diabetes dan jantung. Didapati bahawa jus delima secara
signifikan mengurangkan jumlah kolesterol, low-density lipoprotein (LDL),
nisbah LDL / lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), dan nisbah jumlah kolesterol
HDL. Penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan jus buah delima dapat mengubah
faktor risiko penyakit jantung pada pesakit yang hyperlipidemia (kekurangan
lipid dalam darah).34 Seterusnya, delima juga menunjukkan sifat anti bakteria
dan anti mikrob. Hasil kajian mendapati bahawa ekstrak dari tanaman ini dapat
melawan Methicillin-sensitive Staphylococcus aureus (MSSA), Methicillin-resistant
(MRSA) Staphylococcus aureus, Salmoneela typhi, dan Escherichia coli O157: H7.
35 Jadi ubat alternatif yang menggabungkan delima berpotensi mencegah jangkitan
bakteria. Malah apa yang menarik ia berpotensi sebagai anti mikrob untuk pencegahan
HIV. Kajian in vitro menunjukkan bahawa anti-HIV-1 microbicide berpotensi
dihasilkan dari delima.36 Dalam bidang pergigian, ekstrak Hydroalcoholic (HAE)
daripada delima sangat berkesan melawan mikroorganisma plak gigi dalam
No comments:
Post a Comment