Perkataan Anggur disebut sebanyak 11 kali dalam
a-Quran
Di antara sekian banyak buah-buahan Buah Anggur
telah disebutkan sebanyak 14 kali didalam Al-quran. Telah disebutkan juga di
dalam Al-Quran anggur memiliki khasiat dan kegunaan yang luar biasa.
Anggur
yang kering disebut kismis dan kismis yang baik biasanya berukuran besar,
berlemak, dan banyak mengandungi minyak, juga berkulit tipis dan bijinya
sedikit. Menurut Hisham Tahlbah dalam karyanya bertajuk Ensiklopedia Mukzijat
Alquran dan Hadis, kismis yang seperti itu kaya kandungan gizi. Jika dimakan
bijinya akan memberi manfaat yang banyak untuk pencernaan, hati dan limfa.
Tahlbah menambahkan, kismis juga dapat mempersubur hati, selain juga bermanfaat
untuk menghilangkan rasa sakit di tenggorok, dada, paru-paru dan ginjal.
Kandungan anggur dalam surah Abasa ayat 27-29 Allah SWT berfirman: "Lalu
kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di
bumi itu)." Allah SWT menciptakan anggur di bumi, dengan memberikan begitu
banyak manfaat bagi umat manusia. Aneka jenis buah-buahan segar diciptakan olih
Maha Pencipta untuk umat manusia. Menurut Thlbah, anggur sudah dikenal sejak
masa Nabi Nuh AS. “Dengan (air hujan) itu, Dia menumbuhkan bagi kamu
tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang
memikirkan.” (Surah An Nahl: 11) Kesimpulannya, anggur adalah salah satu buah
yang paling banyak manfaatnya.
Berkata Tahlbah buah anggur ini, sangat baik
untuk dimakan, baik ketika masih segar ataupun sudah kering. Anggur merupakan
buah yang mudah dicerna. Anggur hijau maupun merah memiliki khasiat yang sama,
keduanya bolih dimanfaatkan untuk menjadi buah, makanan, minuman, maupun
sebagai penawar. Pendapat yang sama juga dinyatakan olih Ibnu Qay-yim. Menurut
beliau, anggur adalah salah satu buah-buahan yang memiliki banyak manfaat.
Anggur adalah salah satu buah dari sekian banyak buah, salah satu makanan
bergizi dari sekian banyak makanan bergizi, salah satu ubat dari sekian banyak
ubat, dan salah satu minuman dari sekian banyak minuman. Sebagai ubat, anggur
memiliki kandungan gizi yang sangat tinggi.
Tahlbah berkata, anggur diyakini
boleh mengubati batuk, memurnikan darah, membersihkan usus, pencernaan. Didalam
bukunya, Pengubatan Pernafasan Thalbah menjelaskan, anggur juga memiliki
manfaat sebagai ubat untuk pengubatan pernafasan. Untuk pengubatan tersebut,
anggur diolah menjadi minuman yang berupa jus. Perahan air anggur juga
berkhasiat menurunkan panas badan, menghentikan batuk, dan membuat perut merasa
nyaman, menurut Tahlbah lagi,
Jus anggur, boleh membantu penyembuhan dari
penyakit hemaroid (buasir), gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan
hempedu. Menurut tahlban lagi anggur muda atau anggur segar, kedua dua memiliki
manfaat dapat memampatkan darah yang terus menerus mengalir keluar
(pendarahan), menguatkan dan memperlancar saluran pencernaan, serta mengatasi
masalah usus besar. Para doktor nutrisi menganjurkan untuk meminum segelas jus
anggur, sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Bahkan meminum segelas anggur
sebelum tidur juga membantu untuk tidur nyenyak tanpa insomnia.
Jus anggur juga
baik untuk orang-orang yang keracunan, keletihan atau dalam masa penyembuhan
atau terkena batu ginjal (batu karang). Menurut doktor nutrisi lagi, jus anggur
harus segera diminum setelah diperah airnya karena jika dibiarkan terlalu lama
ia akan bertukar menjadi arak yang bolih memabukkan. “Dari buah kurma dan
anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sungguh,
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang
yang mengerti.” (Surah Al-Nahl ayat 67). Menurut Abu Muhammad Abdallah Ibn
Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi atau lebih dikenal sebagai Ibnu
al-Baitar anggur adalah buah yang paling diminati.
Ia juga tergolong paling
baik dibandingkan buah-buahan lainnya, karena mengandung banyak lemak. Ia dapat
menggemukan orang yang kurus, membersihkan darah, dan melancar saluran
pencernaan. Anggur juga bermanfaat untuk memulihkan orang yang sakit, dan menguatkan
jantung, jelas Ibnu Baithar, ahli botani Muslim terkemuka di era kejayaan Islam
di Andalusia. Anggur sangat efektif dalam membangun, memperbaiki, dan
memperkuatkan sel-sel tubuh.
Al-Nahl (16:11 & 67)
DALAM KAJIAN SAINS
khasiat dari sudut perubatan. Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak, dan disebut-sebut sebagai makanan fungsional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang terkandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular. Anggur mengandungi 70 % kalori per setengah cawan dan merupakan sumber potassium, vitamin C dan pectin - sejenis serat yang dapat membantu mengurangi kolesterol darah. Bila telah dikeringkan ia dipanggil kismis, anggur memiliki konsentrasi gula dan zat besi yang tinggi.
Anggur juga mengandungi beberapa phytochemical termasuk resveratrol yang terdapat dalam kulitnya. Dalam beberapa penelitian terhadap resveratrol yang terdapat dalam kulit semua jenis anggur, ianya baik untuk mengurangi risiko kanser payudara, kanser hati, kanser usus dan penyakit jantung. Anggur yang segar bukan sahaja mengandungi vitamin yang baik untuk kesihatan. Selain untuk dimakan, anggur juga boleh dijadikan sebagai bahan kecantikan. Sekiranya dijadikan sebagai bahan dalam bentuk krim, ia mampu menyerap ke dalam kulit.
Krim yang diperkaya dengan vitamin daripada pokok anggur yang mampu hidup sehingga 60 tahun itu, dapat mengurangkan garis halus, mengawal jerawat yang baik dan turut membantu mengawal sejenis masalah kulit iaitu psoriasis. Kajian menunjukkan anggur bukan saja membekalkan kandungan vitamin C yang tinggi, bahkan boleh membaiki tahap anti oksida dalam tubuh manusia. Kehadiran tinggi radikal bebas yang berpunca daripada pelbagai elemen seperti pencemaran didapati antara punca utama yang menyebabkan kulit mengalami proses penuaan dengan cepat. Justeru, apa saja yang mengandungi bahan anti oksida berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Anggur diantaranya.
Tidak hairanlah pengambilan anggur digalakkan berikutan kandungan anti oksidanya yang tinggi. Anggur yang mengandungi vitamin C memang terkenal peranannya mencantikkan kulit wajah juga berfungsi sebagai anti oksida. “Ia juga membantu meneutralkan kemusnahan molekul radikal bebas kulit, membantu melindungi kulit daripada kesan kemusnahan sinar UVA dan UVB yang boleh merosakkan kulit.
“Selain buah, biji anggur pula dikatakan 50 kali ganda lebih efektif sebagai anti oksida berbanding vitamin E, malah membantu kelembapan kepada kulit. Sementara daunnya pula yang kaya dengan polyphenols membantu dalam proses pembuangan toksin tubuh,”

No comments:
Post a Comment