Mereka diberi minum daripada khamar
murni (tidak memabukkan) yang bekasnya masih bersalut. (bahan salutannya
daripada kasturi. Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba
bafi merebut kelebihan dan kesenangan itu.
Dan campurannya itu daripada tasnim.
(iaitu mata iar yang diminum oleh
mereka yang dekat kepada Allah). Al-Mutaffifin (83:25-28)
DARI SEGI SAINS
IDEA pembangunan produk Minuman Kasturi telah dicetuskan oleh seorang
Pegawai Penyelidik Prinsipal dari Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, MARDI
iaitu Dr. Suri Roowi.
Beliau ialah saintis yang banyak terlibat di dalam penyelidikan
antioksidan. Antara bidang kajian beliau ialah penyelidikan antioksidan
daripada buah-buahan tropika (contohnya limau tropika) dan herba-herba
tempatan.
Idea berkenaan bermula dengan kesukaran melakukan eksperimen bagi
menentukan bahan aktif berkhasiat dalam limau kasturi.
Menurutnya bahan aktif dalam limau kasturi amat jarang didapati dalam
limau-limau lain.
Ia tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon. Biasanya bahan berkhasiat
utama dalam spesies oren atau limau ialah hesperidin dan neohesperidin (bahan
pahit) tetapi bahan dalam limau kasturi berbeza di mana hesperidin dan
neohesperidin adalah bahan utama," katanya semasa ditemui di pejabatnya di
Serdang, Selangor baru-baru ini.
Hasil penemuan ini, lahirlah produk Minuman Kasturi yang dibangunkan di
Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, MARDI.
Produk berkenaan berjaya meraih sembilan anugerah iaitu lima pingat emas
dan empat anugerah inovasi terbaik dalam pertandingan inovasi di dalam negara
dan peringkat antarabangsa.
Contohnya semasa pameran International Invention, Innovation and
Technology Exhibition (ITEX), produk limau kasturi telah memenangi pingat emas
dan Best Invention for Education and Research Institutes dan semasa di iENA,
Jerman, produk ini sekali lagi memenangi pingat emas.
Limau kasturi ialah sejenis limau yang mempunyai kulit lekang yang
berbau harum dan banyak digunakan dalam masakan atau minuman.
Malangnya tidak banyak kajian dilakukan ke atas minuman kesihatan
berasaskan buah limau kasturi.
Dr. Suri juga menjalankan kajian mengenai pelbagai jenis limau seperti
limau susu, limau jari, limau telur buaya, serta limau madu, dan menemui salah
satu komponen berkhasiat yang terdapat pada buah limau kasturi iaitu
Floretin-G.
No comments:
Post a Comment